Apakah Kesudahnnya ?

Assalamualaikum . Dengan cuaca yang redup harini aku nak luahkan apa yang tengah aku rasa sekarang , apa yang tengah aku alami . Ye , memang sekarang aku tengah gaduh dengan seorang hamba Allah nie . Ade la sebab sebab tertentu . Aku tak faham , kenapa dia susah sangat nak nampak apa yang dah aku buat selame nie dekat dia . Dia selalu cakap , ade benda lagi yang tak cukup bagi dia . Aku rasa aku dah buat sehabis baik untuk dia . Kenapa susah sangat dia nampak baik aku ? Yang dia nampak salah aku dan terus salahkan aku . Aku tak tahu dia nak aku yang macam mana lagi . Baru baru nie aku gaduh sebab aku tipu dia selama nie . Benda aku bukan tipu perasaan aku , aku tipu sebab dia tu tak pernah nak ingat pesan aku . Kenapa aku boleh putus dengan Ex aku dulu ? Sebab Ex aku selalu pukul pukul aku . Asal dia tak ingat benda tu ? Aku rasa dia memang sengaja tanak ingat . Itu la pasal selalu pukul aku sebab nak putus dengan aku . Sampai tahap tu dah aku fikri dekat kau . Habis selama ni buat apa sayang aku ? Sia sia je . Aku kecewa gila , bila satu malam tu aku nak dia jujur sayang aku ke tak . Pernah kurang ke tak ? Nak tahu dia jawab apa . Alhamdulillah lah dia jujur , tapi memang menyakitkan hati jawapan dia tu . Dia kata sayang dia kurang bila kami nie gaduh . Apekah ? Apekah dia tak terima takdir tu ? Aku bukan mintak pun . Setiap hari setiap detik yang berlaku semua Allah dah tentukan . Kau pernah fikir ke . Habis kau ingat aku suka gaduh . Selama aku kenal dia , dan dah mula sayang dia . Sikit tak pernah turun pun sayang aku nie dekat dia . Tapi dia rilekk je jawab camtu . Gila sakit hati weyh .Now dia still marah kan aku dengan penipuan aku tu . Aku mintak maaf pasal tu , aku buat bersebab . Sebab aku nak jugak kau stop pukul tampar aku . Kau ingat aku tak boleh stop ke dengan apa yang kau mintak selama nie . Aku malas nak turutkan sebab aku nak kau pun berubah . Dulu kau tak macam nie , kau penyabar kau layan aku baik sangat , Aku pun layan kau baik kan > Ada macam sekarang ? Beza gilaa . Semuanya berubah . Kalau ye pun nak balas dendam jangan lah dekat aku hentamnya . Kau nak tahu kenapa aku still boleh bersabar boleh bertahan dengan kau ? Sebab aku rasa aku dah terlebih sayangkan kau . Kalau orang lain yang buat aku camni , dah lama aku tinggal . Tapi dengan kau hati aku ni rasa lain . SEBABNYA AKU RASA AKU DAH JUMPA ORANG YANG BETUL . *insyaallah* Hebat kan apa yang aku rasa nie .

Hm , buat masa sekarang nie . Aku nak lupakan kau buat sementara waktu . Mybe aku tak akan contact kau dah . Aku cuma tunggu masa yang sesuai bila aku dah rasa aku boleh jumpa kau balik dan kenal kau balik macam dulu . Aku buat semua nie , bukan bermakna aku PUTUS dengan kau . Kau jangan risau , walaupun aku tak text or call kau aku selalu ambik tahu pasal kau . Aku sentiasa sayang kau . Kau ade je dekat hati aku nie , Tapi aku taktahu la kau nak anggap aku apa . Terpulang kat kau . Aku yang harap kau boleh sabar dan tunggu aku lagi . Sebab aku betul tak kuat nak buat semua nie .Tapi aku terpaksa sebab aku rasa mybe dengan cara nie aku boleh dapat kenal kau balik . Macam kita mula mula kenal .

Now , aku cuma kena fokus untuk sem terakhir aku dekat sana . Dengan result yang tak lama lagi nak keluar . Aku harap time tu nanti , ada la someone boleh bagi aku semangat . Sebab aku gilaa cuak sem ni .Tapi aku tahu semua tu takkan terjadi , dengan macam ni nya . Aku hanya boleh doakan untuk kau . Sentiasa berdoa . Aku mintak kau satu benda boleh ? Aku nak kau jujur bila kau dah mula rasa aku nie dah tak ada guna untuk kau . Kau jangan sesekali simpan perasaan tu . Kesian kat aku . Please datang bagitahu aku semua tu bila kau dah mula rasa camtu . Insyallah aku boleh terima dengan ikhlas hati aku walaupun hakikatnya aku dah janji kat diri aku tanak lepaskan kau . Daripada aku hidup dengan penipuan ? Baik kau terus terang dekat aku . Itu je aku mintak . Bagi aku , perasaan macam tu tak akan wujud dalam diri aku . Kau takpayah tanya tanya sebab aku tak akan ada perasaan sebegitu .

Ok laa , aku rasa cukup lah apa yang nak aku luah selama nie . Buat masa sekarang aku harap perasaan ini terus kekal untuk mencari keredhannya . Amin :) Insyaallah . Pelanpelankayuh . Lastly , aku akan tunggu masa ni semua . Aku akan terus menunggu dan aku harap aku diberi kesabaran selama yang aku harapkan . Assalamualaikum .

TENTANG AKU !
Monday, November 25, 2013, ϟ 0 shout(s)
















Hi , nampak tak gambar kat atas tu ? Tu semua aku lah . Sape kenal aku ? Angkat tangan sikit . Haha , btw aku bosan sangat nie tupasal aku nak post gambar gambar tu . *tade keje* Okay la , aku nak intro sikit diri aku nie . Nama diberi Nur Amiera Azira Bt Azmi . Ala , korang mesti dah tengok kat about me tu kan ? Aku ada 3 adik beradik dan aku sorang je perempuan . Aku nombo 2 . Dan untuk pengetahuan korang , aku muda lagi . Umur aku baru 19 cuma next year aku dah 20 . Tua . Born on 29/04/1994 nanti bagi hadiah eh :* Hobi aku ? Aku suka mengemas . Sebab aku tak suka sepah sepah nie , sape yang pernah hidup dengan aku dia tahu la . Kalau bersepah , mampus barang kome aku buang . hahaha . Cita cita pulak aku nak jadi Ahli Sainstis . Aku minat Sains . Sebab masa sekolah Sains aku deret A je *bangga* Tapi rasa macam tak kesampaian je cita cita aku nak jadi Sainstis .  Yela , jurusan yang aku ambik sekarang Farmasi . Ha , aku seorang yang degil . Degil sikit je . Cuma masa sekolah tu buas sikit . Nyaris tak kena buang sekolah . Sekolah tu kibut sangat . Hurghh , aku sekolah situ pun sebab nak tunaikan apa yang arwah atuk aku nak . Aku tanak kecewa kan dia . Sebab dia dah banyak tolong keluarga aku . Kalau la aku tak sekolah situ , aku dapat sekolah Sukan kat Ipoh . Sekolah Gunung Rapat .Yeah , I Love Sport . Aku suka sukan , cuma sekarang dah kurang sikit sebab dah sambung brelajar kan . Dulu masa sekolah aku aktif  lompat tinggi dengan olahraga dan yang penting P.pong la .  Haha , muka muka 200M 4x100 4x200 tu semua muka aku . P.pong pulak aku dapat wakil sekolah untuk Kessuma . Dapat la merasa 2 tahun main kat negeri orang . Dulu aku main double , sekarang single . Jum fight ? Hihi , btw aku rindu gila time sekolah . Banyak kenangan aku kat sana . Kenangan dengan kawan kawan . Aku rindu korang :( Rindu nak kena sebat , kena tawaf aspura pakai telekung , kena mandi depan tapak perhimpunan , kena jadi imam atas jalan tar . Kena rotan 20 sekali gus . Sakit bak angg . Kena tidur atas pasir , yang paling best kena kejar dengan warden sebab lari dari baca Yassin . Rindu weyh , rindu bestie Roza , Era , Alya , Wanie , Juben , Syida , Amy , Syaza , Zati , Timah . Arghh . Sedih pulak bila teringat *mengelamun* Hm , aku rasa sampai sini jela dulu , nanti ada masa aku sambung lagi . Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal diri nie tapi malas dah nak menaip . Hahaha . Aku rindu semua kenangan yang penah aku lalui :) Dear heart , keep strong please .


new past